Bashar al-Assad ancam guna kekerasan ke atas pemberontak Kurdish


Presiden Syria Bashar al-Assad dalam satu sesi temu bual yang diadakan oleh stesen televisyen Rusia. – Gambar EPA, 31 Mei, 2018.

PRESIDEN Syria Bashar al-Assad memberi amaran kepada pejuang Kurdish yang disokong Amerika Syarikat beliau tidak akan teragak-agak untuk menggunakan kekerasan untuk menawan semula kawasan yang dikawal pasukan itu.

“Masalah yang ada di Syria hanyalah SDF,” kata Bashar kepada Rusia Today dalam satu sesi temubual yang disiarkan pada Khamis, merujuk kepada pasukan pejuang demokratik Syria yang mencetuskan pertempuran dengan kumpulan IS.

“Kita akan atasinya dengan dua pilihan,” katanya. 

“Pilihan pertama: kita mula buka pintu rundingan. Kerana majoriti mereka adalah rakyat Syria, yang sayangkan negara mereka tetapi enggan menjadi boneka kepada mana-mana pihak asing,” kata Bashar.

“Kita ada satu pilihan, untuk hidup bersama rakyat Syria yang lain. Jika tidak, kami gunakan jalan terakhir…untuk menawan kawasan itu semula dengan kekerasan.”

Etnik Kurdish di timur laut Syria yang kaya dengan minyak telah lama berjung untuk meningkatkan autonomi di kawasan pedalaman mereka tetapi Damsyik telah menegaskan ia berhasrat untuk mengukuhkan semula kuasanya di seluruh negara itu. – AFP, 31 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen