MENTERI Luar Rusia Sergei Lavroz tiba di Pyongyang hari ini, menurut jurugambar AFP menjelang sidang kemuncak antara Donald Trump dan Kim Jong Un.
Lawatan Lavroz itu berlaku ketika pelbagai aktiviti diplomatik berlaku untuk penganjuran sidang kemuncak bulan depan dengan Setiausaha Negara AS Mike Pompeo turut bertemu orang kanan Kim, Kim Yong Chol di New York semalam.
Lavroz bertemu Naib Menteri Luar Sin Hong Chol di lapangan terbang.
“Sergei Lavrov, menteri luar Rusia tiba di sini hari ini atas jemputan Ri Yong Ho, menteri luar Republik Demokratik Rakyat Korea (Korea Utara),” kata agensi berita KCNA.
Ia tidak memberikan butiran lanjut tetapi agensi berita Rusia, Tass mengatakan dua menteri luar itu berbincang di bangunan Perhimpunan Agung Rakyat di Pyongyang.
Kementerian Luar Rusia sebelum ini mengatakan mereka dijangka berbincang “isu mustahak hubungan dua hala dan isu utama antarabangsa dan serantau”.
Lavroz melakukan lawatan ke Korea Utara buat pertama kali sejak 2009, kata Tass.
Lavroz bercakap dengan rakan sejawat AS, Pompeo melalui telefon pertama kali pada Rabu sebelum pertemuan setiausaha negara dengan Kim Yong Chol.
Washington mendesak Korea Utara untuk menyerahkan semua senjata nuklear sebagai balasa untuk menarik kembali sekatan ekonomi yang dikenakan.
Tetapi penganalisis mengatakan Korea Utara tidak bersedia menghapuskan senjata nuklearnya melainkan diberi jaminan keselamatan AS tidak akan menyerang negara dan menjatuhkan rejim itu. – AFP, 31 Mei, 2018.
Komen