SELEPAS menjalani pembedahan dan tidak muncul di khalayak ramai selama tiga minggu, Wanita Pertama Amerika Syarikat Melania Trump semalam berkata beliau dalam keadaan yang baik dan sihat.
Kali terakhir, Melania muncul di tempat awam pada 10 Mei ketika mengiringi presiden ke pangkalan tentera udara Andrews di Maryland untuk menyambut kepulangan tiga tebusan rakyat AS dari Korea Utara.
Melania menjalani pembedahan pada buah pinggangnya di hospital Walter Reed.
Melania, 48, menjawab spekulasi mengenai kesihatannya menerusi Twitter semalam.
“Saya menyedari spekulasi yang ditimbulkan pihak media mengenai di mana saya berada dan apa yang saya sedang lakukan.
“Jangan bimbang, saya berada di sini @RumahPutih bersama keluarga, dalam keadaan baik dan bekerja keras bagi pihak kanak-kanak dan rakyat AS,” katanya di Twitter. – 31 Mei, 2018.
Komen