Pompeo, pegawai kanan Korea Utara mula mesyuarat


Naib Pengerusi Korea Utara Kim Young Chol (tengah) bersalaman dengan seseorang ketika tiba di Kondominium Corinthian bagi menghadiri mesyuarat dengan Setiausaha Negara AS Mike Pompeo di New York. – Gambar AFP, 31 Mei, 2018.

SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo dan pegawai kanan Kim Jong-un memulakan mesyuarat berhubung penganjuran sidang kemuncak nuklear bulan depan antara pemimpin Korea Utara dan AS.

Pemimpin veteran Pyongyang, Kim Yong Chol dan pemimpin muda yang rapat dalam golongan autokrat negara itu dilihat tiba di sebuah pangsapuri di New York berhampiran ibu pejabat PBB.

Tidak lama sebelum itu, ketua diplomat AS tiba di premis sama. – AFP, 31 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen