MENTERI Kewangan Perancis Bruno Le Maire hari ini menggesa Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) dirombak secara besar-besaran, dua hari sebelum syarikat seluruh Eropah terjejas dengan kenaikan tarif import besi dan keluli mendadak dilakukan Amerika Syarikat.
“Kita berkongsi kebimbangan yang diluahkan misalnya oleh Amerika Syarikat mengenai cara kerja salah agensi perdagangan pelbagai hala tertentu,” termasuk WTO, kata Le Marie dalam pertemuan dengan pegawai OECD di Paris.
“Organisasi ini diperlukan dan ia perlu difikirkan kembali,” katanya. – AFP, 30 Mei, 2018.
Komen