4 terbunuh kerana ribut di Cuba


Lebih 51,000 rakyat Cuba dari kawasan terbabit telah dipindahkan. – Gambar AFP, 30 Mei, 2018.

EMPAT orang terkorban di Cuba sejak dua hari lepas susulan hujan lebat yang dikaitkan dengan ribut subtropika Alberto, yang mengakibatkan banjir besar di beberapa wilayah tengah negara pulau itu selain kerosakan jalan, jambatan, rumah dan institusi kerajaan.  

Menurut laporan televisyen rasmi Cuba, keempat-empat mangsa maut akibat tindakan kurang bijak mereka seperti berjalan-jalan di kawasan dilanda banjir dan berenang dalam sungai yang arusnya deras.  

“Kita dapati empat orang maut setakat ini, dua di wilayah Ciego de Avila, seorang di Sancti Spiritus manakala seorang lagi di Villa Clara susulan melakukan tindakan melulu,” kata Menteri Dalam Negeri, Julio Gandarilla, dalam satu mesyuarat pada Selasa.  

Sejak empat hari lepas, hujan lebat telah menjejaskan wilayah-wilayah tengah negara pulau itu selepas banjir menenggelamkan beribu-ribu rumah. 

Lebih 51,000 rakyat Cuba dari kawasan terbabit telah dipindahkan. – Bernama, 30 Mei, 2018. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen