TIGA orang terbunuh manakala 11 lagi cedera dalam satu letupan yang menggegarkan bahagian selatan wilayah Kandahar di Afghanistan pada Rabu, lapor agensi berita China Xinhua.
Jurucakap kerajaan wilayah, Daud Ahmadi, berkata letupan berlaku di sebuah pasar dalam Daerah Polis 5 pada pukul 9 pagi waktu tempatan, menyebabkan tiga orang terbunuh di tempat kejadian serta mencederakan 11 lagi, yang kesemuanya adalah orang awam.
Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada letupan itu adalah satu serangan bunuh diri atau dalang di sebaliknya, dan menambah bahawa siasatan telah dimulakan berhubung insiden tersebut. – Bernama, 30 Mei, 2018.
Komen