PBB kecam serangan di Belgium


Serangan itu mengorbankan dua pegawai polis dan orang awam. – Gambar AFP, 30 Mei, 2018.

SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa mengecam serangan yang mengorbankan dua pegawai polis dan orang awam di Liege, Belgium, lapor agensi berita Xinhua.

Beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat dan kerajaan Belgium serta berharap mangsa yang cedera akan segera pulih.

“PBB sentiasa memberikan sokongan padu terhadap Belgium dalam usahanya memerangi keganasan dan faham pelampau,” katanya dalam satu kenyataan. 

Dalam kejadian pada Selasa itu, dua pegawai polis dan seorang penumpang maut diserang seorang lelaki di bandar Liege, Belgium. Penyerang kemudian ditembak mati oleh polis.

Pihak berkuasa Belgium tidak menolak ia kemungkinan serangan pengganas. – Bernama, 30 Mei, 2018. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen