ZIMBABWE akan mengadakan pilihan raya umum di seluruh negara bagi memilih presiden dan ahli Dewan Rakyat pada 30 Julai ini, kata Presiden Emmerson Mnangagwa menerusi kenyataan rasmi pada Rabu.
Pilihan raya ini bakal jadi penentuan bagi Mnangagwa yang menggantikan bekas presiden Robert Mugabe, 94, susulan pengambilalihan tentera pada November tahun lalu.
“Isnin, 30 Julai 2018 adalah hari bagi pemilihan presiden, ahli Dewan Rakyat dan anggota majlis,” lapor Zimbabwe Government Gazette.
Presiden Emmerson Mnangagwa, 75, akan bersaing dengan Nelson Chamisa, 40, dari Movement for Democratic Change.
Pilihan raya ketika di bawah pemerintahan Mugabe dicemari rasuah dan keganasan. Mnangagwa telah bersumpah untuk mengadakan pilihan raya secara bebas dan adil. – AFP, 30 Mei, 2018.
Komen