Kerajaan tetapkan harga RON95, diesel kekal


Muzliza Mustafa

PUTRAJAYA hari ini mengumumkan tiada kenaikan harga bagi diesel dan RON95, namun harga runcit bagi RO97 akan ditentukan pasaran.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kadar baru dan mekanismanya akan diberitahu oleh Kementerian Kewangan esok.

Harga rucit bagi RON95 sekarang ialah RM2.20 seliter, RON97 (RM2.47) dan diesel (RM2.18).

Mekanisme harga mingguan berkuat kuasa pada April tahun lalu di bawah kerajaan Barisan Nasional.

Harga petrol dan diesel diletakkan pada sistem apungan bulanan sejak 1 Disember 2014 susulan penghapusan subsidi minyak.

Dalam manifestonya, PH berjanji akan menetapkan harga minyak.

Dr Mahathir juga mengumumkan kadar tol seluruh negara akan dipotong sebanyak 50% selama dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 15 dan 16 Jun. – 30 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen