PERSATUAN Patriot Kebangsaan (Patriot) hari ini berkata ia telah menerima mesej WhatsApp mengenai peranan yang dimainkan oleh pejabat pengarah perisikan tentera (DMI) dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
Presiden Patriot brigedier (B) Mohamed Arshad Raji berkata mesej berkenaan mendakwa DMI memainkan peranan kepada ahli politik Barisan Nasional untuk mendapatkan sokongan pengundi bagi membolehkan calon BN menang.
“Sekiranya dakwaan itu benar, kami menggesa DMI untuk meletakan jawatan secara terhormat kerana dia telah berkompromi sebagai pihak berkuasa perisik tentera yang ditugaskan untuk melindungi dan mempertahankan negara terhadap semua kemungkinan ancaman ketenteraan.”
Beliau tidak menyebut nama, tetapi DMI kini adalah Abdul Hadi Hussin.
Arshad berkata DMI dan beberapa pegawai tentera lain sengaja menggunakan beberapa pejabat di komplek Kementerian Pertahanan sebagai pusat operasi untk aktiviti politik sebagai sokongan kepada kerajaan BN.
“(Mesej itu mendakwa) beliau mempunyai kuasa untuk melancarkan Pusat Operasi Pertahanan Siber bagi memantau panggilan telefon, media sosial, Facebook dan emel yang disifatkan sebagai pembangkang kepada kerajaan BN.
“Bahawa beliau dan beberapa pegawai tentera, pada awa pagi 10 Mei, terbabit memindahkan wang dalam jumlah yang besar, dipercayai wang lebihan untuk digunakan dalam pilihan raya, ke lokasi yang tidak didedahkan.”
Katanya DMI turut mengarahkan fail berkaitan aktiviti politik jabatannya sebelum ini dimusnahkan.
“Beliau mengarahkan aktiviti propaganda rahsia dijalankan, untuk merosakkan reputasi ahli politik dan parti pembangkang pada PRU14.
“Dakwaan ini sekiranya benar, adalah kesalahan serius krana melanggar peranan dan tanggungjawab DMI.
“Pengetahuan dan pemahaman kami mengenai peraturan dan tanggungjawab jabatan bahawa risikan tentera tiada kaitan dengan aktiviti politik tanah air.
“Komandan tentera pert tahu membezakan apa yang rasmi dan apakah politik dalam berurusan dengan ahli politik.”
Arshad juga diberitahu beberapa pemimpin tentera telah membenarkan ahli politik memasuki kem mereka untuk berkempen dan menggesa kerajaan Pakatan Harapan mengambil tindakan.
“Ssesetengahnya turut membenarkan ahli politik BN memasuki kem mereka untuk berkempen.
“Mereka ini tidak layak untuk kekal dalam perkhidmatan tentera.”– 30 Mei, 2018.
Komen