Radikal Islam disyaki penggal kepala 10 penduduk


SERAMAI 10 orang dipenggal kepala di sebuah kampung di utara Mozambique, kata polis semalam dan penduduk tempatan menuduh serangan itu dilakukan militan Islam.

Serangan awal subuh pada Ahad itu berlaku dia dua perkampungan kecil berhampiran sempadan Tanzania, tidak jauh dari Palma, sebuah bandar kecil yang dijangka menjadi hab gas asli yang baharu bagi negara itu.

“Seramai 10 mangsa dibunuh dengan kejam,” kata jurucakap polis, Inacio Dina pada sidang akhbar di Maputo, menambah penyerang menggunakan parang.

Dua yang terbunuh ialah remaja lelaki berusia 15 dan 16 tahun.

Setakat ini, tiada tangkapan dibuat.

Pihak berkuasa mengetatkan kawalan di perkampungan itu.

Wilayah Cabo Delgado menyaksikan jumlah serangan dipercayai dilakukan radikal Islam semakin meningkat sejak Oktober. – AFP, 30 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen