Pengeluaran minyak dijangka atasi permintaan pada 2018


Usaha menstabilkan harga minyak dunia yang jatuh mendadak mula mendatangkan kesan apabila mula stabil sejak awal tahun ini. – Gambar AFP, 14 Jun, 2017.

PENGELUARAN minyak dunia dijangka berkembang lebih pantas berbanding permintaan minyak dunia tahun depan, kerana Amerika Syarikat meningkatkan pengeluaran mereka yang boleh memberi kesan kepada usaha untuk mengawal harga minyak dunia, kata Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) hari ini.

Sehari selepas OPEC merungut yang peningkatan pengeluaran di Amerika Syarikat akan memperlahankan usaha untuk menyeimbangkan bekalan dan permintaan pasaran minyak dunia, IEA juga mencadangkan pengeluar Amerika Syarikat boleh memberi kesan kepada pengeksport.

“Pada 2018, kami menjangka pengeluaran bukan OPEC akan berkembang…banyak sedikit berbanding peningkatan yang dijangka berlaku dalam permintaan dunia,” kata IEA dalam laporan bulanan terbarunya.

“Pengeluaran minyak mentah Amerika Syarikat pada 2018 akan bertambah tahun-demi-tahun..tetapi bergantung kepada dinamik keberagaman industri, pertumbuhan mungkin lebih pantas,” kata laporan itu.

“Kami menjangkakan 2018 bakal memberikan kesan mengejutkan kepada pengeluar yang mahu menghadkan bekalan,” kata IEA lagi.

Sebelum ini, ahli OPEC bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran selama enam bulan bermula awal tahun ini dalam usaha untuk mengurangkan harga minyak yang meningkat naik.

Pengeluar bukan kartel diketuai Rusia juga mengikuti langkah ini.

Tindakan itu membantu menstabilkan harga minyak sejak awal tahun ini, dengan harga minyak mentah Brent antarabangsa kekal di atas AS$50 per barel.

Pada mesyuarat hujung Mei lepas, negara OPEC dan bukan OPEC bersetuju untuk meneruskan pengurangan pengeluaran selama sembilan bulan lagi.

Tetapi, pertumbuhan pengeluaran di Amerika, terutamanya pengeluar shale nampaknya memperlahankan proses penyeimbangan itu.

Brent kembali jatuh di bawa AS$50 sejak mesyuarat OPEC dan diniagakan dengan harga AS$48.17 pada Rabu.

Pengeluar Amerika menerima manfaat daripada usaha ahli OPEC dan bukan OPEC untuk menaikkan harga minyak.

Pengeluar shale terutamanya boleh bertindak pantas kepada pembangunan pasaran kerana industri itu tidak intensif modal berbanding yang lain. Mereka juga turu meningkatkan pengeluaran ketika harga minyak naik. – AFP, 14 Jun, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen