KEJADIAN ribut petir yang melanda kawasan utara India menyebabkan sekurang-kurangnya 47 orang, kata pihak berkuasa pada Selasa, angka kematian pertama yang melanda negara itu akibat cuaca bulan ini.
Pihak berkuasa Pengurusan Bencana di Uttar Pradesh, Bihar dan Jharkhand berkata sejumlah 47 orang maut dalam kejadian ribut yang melanda semalaman di wilayah itu.
Bihar merupakan kawasan yang paling teruk terjejas selepas dilanda angin kencang dan kejadian petir.
“Sekurang-kurangnya 19 orang disahkan terkorban, 11 daripadanya mati akibat dipanah petir,” kata pegawai pengurusan bencana Yoginder Singh kepada AFP.
Cuaca buruk itu turut melanda di kawasan kejiranan Uttar Pradesh, yang mana angin bertiup kencang sehingga 70 kilometer sejam.
“15 orang terbunuh dalam kejadian ribut petir dan angin kencang,” kata pegawai pengurusan bencana dari Uttar Pradesh T.P.Gupta.
10 orang lagi dilaporkan cedera, dan ada diantaranya cedera akibat dipanah petir, tambahnya.
Kebanyakan penduduk di kawasan luar bandar tidur di luar rumah mereka untuk mengelakkan suhu panas. – AFP, 29 Mei, 2018.
Komen