Jepun lapor Korea Utara disyaki langgar sekatan PBB


Dakwaan Tokyo itu menjelang sidang kemuncak antara pemimpin Korea Utara Kim Jon Un dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. – Gambar EPA, 29 Mei, 2018.

JEPUN melaporkan Pyongyang disyaki melanggar sekatan PBB selepas mengesan pemindahan kargo melibatkan kapal tangki Korea Utara, kata Kementerian Luarnya di Tokyo pada Selasa.

Ini merupakan insiden kelima dalam tahun ini di mana Tokyo melaporkan pemindahan kargo oleh kapal Korea Utara ketika program peluru berpandu nuklear dan balistik Pyongyang disekat.

Dalam satu kenyataann, Kementerian Luar Jepun berkata pesawat peronda tentera mengintip kapal tangki Korea Utara yang belayar besama sebuah kapal kecil yang tidak diketahui kenegaraannya - tetapi benderanya kelihatan seperti bendera China - di Laut China Timur pada malam 19 Mei.

“Kerajaan (Jepun) mengesyaki mereka memindahkan makanan, yang disekat oleh PBB,” kenyataan itu menyebut.

Kementerian itu mengenal pasti kapal tangki Korea Utara sebagai JI SONG 6, satu daripada kapal yang akses pelabuhan antarabangsanya dinafikan oleh Majlis Keselamatan PBB.

Pyongyang tertakluk kepada sekatan PBB termasuk melarang semua negara anggota daripada membantu atau terlibat dalam pemindahan barangan dari kapal ke kapal kep atau dari kapal Korea Utara.

Dakwaan Tokyo itu susulan kesibukan kegiatan diplomatik menjelang sidang kemuncak antara pemimpin Korea Utara Kim Jon Un dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. – AFP, 29 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen