Pejuang Palestin lancar serangan mortar ke arah di selatan Israel


Rakyat Palestin berdepan serangan daripada tentera zionis di sempadan Israel. – Gambar EPA, 29 Mei, 2018.

PEJUANG Palestin di Jalur Gaza melancarkan serangan mortar ke selatan Israel pada Selasa, kata tentera, selepas keadaan di sempadan kian memuncak. 

Kenyataan daripada tentera Israel berkata “25 mortar dilancar ke arah beberapa kawasan di Israel”.

“Kebanyakan serangan itu dipintas oleh sistem pertahanan Iron Dome IDF,” kata tentera terbabit.

Polis berkata, sejumlah bom mortar jatuh di kawasan terbuka di Israel, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Pada Isnin, rakyat Palestin mendekati sempadan disifatkan tentera Israel sebagai “mereka yang berniat untuk melancarkan serangan” ditembak mati oleh kereta perisai milik rejim zionis. 

Seahri sebelum itu, kereta kebal yang menyasarkan pusat pemerhati pejuang Islam sebagai membalas bahan letupan yang diletakkan di pagar sempadan. 

Tiga pejuang Palestin dilaporkan terbunuh, dan tentera Israel melaporkan serangan pada Selasa merupakan serangan balas daripada pejuang Palestin. 

Kekejaman rejim zionis terus memincak apabila sekurang-kurangnya 121 rakyat Palestin terbunuh dalam pergolakan yang tercetus sejak 30 Mac lalu selepas rakyat Palestin menggesa untuk dibenarkan kembali di tempat asal mereka yang dijajah rejim Israel. 

Kebanyakannya terbunuh ketika protes di sempadan, termasuk sekurang-kurangnya 61 orang pada 14 Mei. 

Terdapat mangsa lain yang terbunuh akibat serangan udara. – AFP, 29 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen