Mugabe sekali lagi tak hadir sidang parlimen


Robert Mugabe sepatutnya mengemukakan bukti mengenai rasuah dalam industri perlombongan berlian. – Gambar EPA, 28 Mei, 2018.

BEKAS presiden Zimbabwe, Robert Mugabe sekali lagi gagal menghadiri sidang parlimen hari ini di mana beliau sepatutnya mengemukakan bukti mengenai rasuah dalam industri perlombongan berlian.

Ahli-ahli Parlimen mahu menyoal Mugabe mengenai dakwaannya pada 2016 bahawa Zimbabwe hilang pendapatan berjumlah AS$15 bilion (RM60 bilion) kerana rasuah dan eksploitasi asing dalam sektor berlian.

Mugabe, 94, yang digulingkan pada November tahun lalu selepas 37 tahun memegang tampuk pemerintahan juga gagal menghadiri sindang pada minggu lalu tanpa memberi sebarang alasan.

Bekas presiden itu memerintah Zimbabwe sejak 1980 digulingkan berikutan pengambilalihan tentera. – AFP, 28 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen