Korea Selatan bantu Myanmar wujud sistem maklumat undang-undang dalam talian


Projek yang telah dilaksanakan sejak tiga tahun lalu itu, menerima suntikan dana sebanyak AS$3.65 juta daripada Korea Selatan. – Gambar EPA, 28 Mei, 2018.

MYANMAR telah melancarkan sistem maklumat undang-undang dalam talian dengan kerjasama dari Korea Selatan, kata seorang pegawai di Seoul pada Isnin.

Majlis pelancaran Sistem Maklumat Undang-Undang Myanmar (MLIS) itu, berlangsung di Naypyidaw pada Khamis, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

MLIS membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat undang-undang melalui internet atau telefon bimbit. 

Projek yang telah dilaksanakan sejak tiga tahun lalu itu, menerima suntikan dana sebanyak AS$3.65 juta daripada Korea Selatan. 

“Kerajaan kini boleh memberikan maklumat mengenai undang-undang dan peraturan kepada rakyat dengan cepat dan mudah. ​​

“Terima kasih kepada kerajaan Korea Selatan kerana membantu kami mewujudkan sistem itu,” kata Ketua Hakim Mahkamah Agung Myanmar, Htun Htun Oo. – Bernama, 28 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen