PRESIDEN Palestin Mahmud Abbas keluar dari hospital hari ini selepas lapan hari menerima rawatan radang paru-paru dan berikrar untuk kembali bekerja.
Abbas, 83, memakai sut seperti kebiasaan dan berjalan tanpa bantuan berkata akan kembali ke pejabat seperti biasa esok.
Beliau yang dikenali sebagai perokok tegar dimasukkan ke Hospital Arab Istishari dekat Ramallah di Tebing Barat pada 20 Mei dengan komplikasi susulan pembedahan telinga, termasuk demam panas.
Abbas memenangi jawatan presiden selama empat penggal pada 2005 tetapi sejak itu mengekalkan jawatan itu tanpa sebarang pilihan raya. – AFP, 28 Mei, 2018.
Komen