Kesatuan Eropah cadang haram penggunaan plastik kegunaan tunggal


Cadangan ini akan mengurangkan plastik kegunaan tunggal di pasaraya melalui pelbagai langkah, kata Naib Presiden EU, Frans Timmermans. – Gambar EPA, 28 Mei, 2018.

KESATUAN Eropah hari ini mencadangkan pengharaman besar-besaran terhadap plastik kegunaan tunggal seperti penyedut minuman, kutleri dan putik kapas.

Cadangan itu merupakan sebahagian daripada langkah EU untuk menghapuskan sisa plastik yang kian terdapat dalam rantaian makanan.

“Tidak dinafikan lagi sisa plastik adalah masalah besar dan orang Eropah perlu sama-sama bertindak untuk mengatasi masalah ini,” kata Naib Presiden EU, Frans Timmermans.

“Cadangan hari ini akan mengurangkan plastik kegunaan tunggal di pasaraya melalui pelbagai langkah.”

Cadangan tersebut menyeru kepada larangan penggunaan putik kapas plastik, kutleri, pinggan, penyedut minuman, sudip dan tangkai belon. Bagaimanapun, cadangan itu tidak menetapkan tarikh akhir. – AFP, 28 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen