Politik murahan Duta Amerika di Baitulmaqdis


KITA bimbang akan status quo Haram al-Sharif kerana kini agenda tersirat Yahudi semakin jelas menunjukkan langkah jahat mereka untuk meneruskan pembinaan kuil ketiga mereka di Baitulmaqdis itu.

Haram al-Sharif yang merupakan tempat suci orang Islam yang ketiga dan kawasan berlakunya Israj Mikraj turut didakwa puak Yahudi sebagai tempat paling suci kerana bagi mereka pernah terdirinya Kuil Bukit di situ.

Menurut laporan media terkini, Duta Amerika Syarikat (AS), David Friedman telah bergambar dengan imej Baitulmaqdis yang memaparkan Kuil Yahudi Ketiga, seolah-olah menggantikan Masjid Kubah Batu (Dome of Rock). Bagaimanapun, Friedman mendapat kritikan banyak pihak kerana sikap yang tidak prihatin, yang kononnya tidak menyedari tentang poster yang dipegang.

Duta AS itu seakan-akan bermain politik murahan dan sengaja ingin menimbulkan provokasi dalam kalangan orang Islam. Secara tidak langsung, perkara ini dilihat jentikan halus musuh Islam agar kita semua berwaspada akan langkah mereka seterusnya.

Pada masa yang sama, masih tiada kesepakatan dalam kalangan negara anggota negara-negara Liga Arab. Kita sangat mengharapkan agar wujud titik persefahaman yang erat bagi melemahkan niat jahat musuh Islam untuk mengaibkan tempat kiblat pertama orang Islam disamping membanteras jenayah global puak Amerika-Israel yang didalangi Yahudi.

Kita berharap agar semua umat Islam boleh bersatu padu dalam apa jua keadaan dan tidak sesekali bertoleransi kepada ajen Yahudi seperti AS dan Israel yang secara terang-terangan mengikut telunjuk Yahudi dengan menubuhkan kedutaannya di tanah air orang Islam pada 14 Mei lalu, sekaligus mengorbankan orang Islam yang tidak berdosa.

Seperti yang dirakam Al-Quran, perwatakan Yahudi sangat keras dan zalim. Seiring dengan Firman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah, ayat 82, “Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik”.

Walaupun usaha memerangi puak Yahudi merupakan usaha yang sukar dan rumit, namun sebagai orang Islam, selagi boleh berjuang mempertahankan tempat suci umat Islam, selagi itulah kita harus berjuang walau dalam apa jua bentuk perjuangan. – 28 Mei, 2018.

* Mohd Hakim bin Mohd Nor adalah Pengurus Besar Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen