Dua maut dalam serangan militan Kashmir di kem tentera India


Seorang orang awam yang memandu melintasi kawasan itu turut maut dalam serangan tersebut, kata seorang pegawai polis. – Gambar AFP, 28 Mei, 2018.

DUA maut dalam kejadian tembak menembak di wilayah pertikaian Kashmir, kata pegawai pada Isnin, serangan pertama sejak tentera menangguhkan operasi terhadap militan sempena Ramadan.

Seorang tentera maut pada Ahad selepas militan bertindak menyerang kem tentera di Kakapora, kira-kira 40 kilometer selatan dari bandar utama Srinagar, kata jurucakap tentera Kolonel Rajesh Kalia.  

Seorang orang awam yang memandu melintasi kawasan itu turut maut dalam serangan tersebut, kata seorang pegawai polis.

Tiga tentera mengalami kecederaan apabila bom tepi jalan diletupkan di bawah kenderaan tentera dekat daerah Shopian.

Tiada kumpulan militan yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkembar tersebut. – AFP, 28 Mei, 2018. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen