NEW Zealand pada Isnin mengarahkan penakaian 126,000 lembu dalam usaha membasmi penyakit Mycoplasma bovis, yang menyebabkan jangkitan udder, pneumonia dan arthritis.
Keputusan itu diambil bagi “melindungi asas ekonomi kami iaitu sektor penternakan,” kata Perdana Menteri Jacinda Ardern.
“Ia keputusan yang sukar - tiada siapa yang mahu melakukan penakaian besar-besaran.
Mycoplasma bovis tidak memberi kesan kepada susu dan daging yang dimakan manusia, dan kebanyakan negara berpuas hati dengan langkah pengawalan wabak.
Bagaimanapun, Adern berkata New Zealand, yang amat bergantung kepada penternakan yang merupakan pendapatan eksportnya, akan memberikan keutaman dalam membasmi penyakit itu sepenuhnya.
“Kami percaya kami mengatasinya (penyakit) dan mampu menghapusnya dan lebih 99% ladang tidak terkena penyakit itu dan kami mahu melindungi mereka daripada penyakit tersebut.”
26,000 lembu disembelih dalam tempoh 10 bulan sejak penyakit itu direkodkan di New Zealand. – AFP, 28 Mei, 2018.
New Zealand arah penakaian lembu besar-besaran bendung penyebaran penyakit
Komen