Pemandu trak mogok, presiden Brazil setuju kurangkan harga diesel


Pemandu trak mogok kerana peningkatan harga diesel di Brazil sehingga melumpukan sistem pengangkutan dan ekonomi negara itu.– Gambar AFP, 28 Mei, 2018.

PRESIDEN Brazil Michel Temer yang menerima tekanan hebat susulan mogok dilakukan pemandu trak negara itu mengumumkan semalam yang beliau akan memotong kos diesel sebanyak 46 sen seliter.

Pemotongan itu akan berkuatkuasa selama 60 hari, kata presiden itu dalam ucapan televisyen ketika mogok dilancarkan melumpukan kebanyakan infrastruktur ekonomi negara itu. Temer juga bersetuju dengan empat lagi tuntutan pemandu lori.

“Kami sudah melakukan kerja kami untuk mengurangkan masalah dan kesusahan,” kata Temer dalam ucapan lapan minit itu yang turut menyebut beliau ada mendapat laporan jutaan binatang ternakan akan mati kelaparan jika krisis itu tidak diselesaikan.

Harga purata diesel adalah 3.36 reais (AS$0.92) pada Januari dan meningkat kepada 3.6 sebelum mogok menurut portal berita G1. Pada 26 Mei lalu, ia mencecah 3.8. – AFP, 28 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen