Singapura, HK sedia atasi Switzerland sebagai pusat aset luar pesisir


SINGAPURA dan Hong Kong bersedia merampas kedudukan Switzerland dalam menarik kekayaan global bagi tempoh empat tahun akan datang, lapor Bloomberg.

Imej Singapura “selamat dan stabil” akan membantu negara itu menarik aset luar pesisir pada kadar purata tahunan sebanyak 8% sehingga 2021, kata Boston Consulting Group dalam laporan kekayaan global semalam.

Kumpulan itu berkata, kadar Hong Kong adalah 7% berbanding Switzerland 3% tetapi ia masih kekal pada tempat nombor satu di dunia sebagai hab pengurusan kekayaan luar pesisir dengan AS$2.4 trilion (RM10.34 trilion) dalam aset, dua kali ganda daripada Singapura.

“Berbanding Switzerland, Hong Kong dan Singapura berkembang lebih cepat kerana pertumbuhan ekonomi dari China hingga India,” kata Mariam Jaafar, rakan kongsi BCG berpangkalan di Singapura dan seorang daripada pengarang laporan itu.

“Dalam fikiran pelanggan, Singapura lebih bebas dan selamat. Kerajaan juga sangat menyokong industri pengurusan kekayaan.”

Undang-undang kerahsiaan bank yang ketat Singapura juga membantu menarik AS$1.1 trilion (RM4.84 trilion) dalam dana asing dan berada pada landasan yang betul untuk menjadi pusat kewangan merentas sempadan terbesar di dunia menjelang 2028. – 14 Jun, 2017. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen