35 maut akibat hujan lebat di Bangladesh


Penarik beca bersama pejalan kaki berjalan di tengah bandar di Dhaka, Bangladesh pada musim hujan. – Gambar AFP, 13 Jun, 2017.

MUSIM hujan menyebabkan sekurang-kurangnya 35 orang di tenggara Bangladesh maut, dengan kebanyakannya terbenam di bawah tanah runtuh, kata pihak berkuasa.

Polis berkata jumlah kematian mungkin akan meningkat apabila pekerja penyelamat dan kecemasan tiba di bahagian terpencil di kawasan terjejas, di mana telefon dan laluan pengangkutan terputus.

“Kerja pemulihan masih dijalankan,” kata ketua Jabatan Pengurusan Bencana Reaz Ahmed.

Kebanyakan kematian berlaku di dua daerah iaitu Rangamati dan Bandarban, di mana pejabat meteorologi berkata ia dilanda hujan lebat sejak awal pagi Isnin.

Pegawai kaji cuaca Bazlur Rashid berkata Rangamati menerima 343 mm (13.5 inci) hujan semalam.

“Ia masih hujan hari ini,” katanya.

Musim hujan turut melanda ibu kota Dhaka dan Chittagong, bandar pelabuhan utama, hingga menyebabkan gangguan pergerakan trafik sehingga berjam-jam lamanya.

Bencana terkini itu berlaku selepas serangan puting beliung Mora di tenggara Bangladesh, mengorbankan sekurang-kurangnya lapan orang dan merosakkan ribuan rumah.

Seorang pegawai kanan polis berkata empat anggota tentera antara yang maut di Rangamati, di mana di kawasan itu banyak puak melancarkan pemberontakan sejak dua dekad lalu. – AFP, 13 Jun, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen