MENTERI Wanita dan Pembangunan Keluarga Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kementeriannya akan mengaudit Permata, sebuah program pembangunan awal kanak-kanak yang kontroversi dilakukan pentadbiran sebelum ini.
“Kami akan teruskan apa yang baik,” kata Dr Wan Azizah yang juga merupakan timbalan perdana menteri Malaysia pada sidang media meraikan hari pertama beliau bekerja di Putrajaya.
Katanya, butiran audit itu akan diumumkan selepas proses semakan itu selesai.
Sebelum itu, Dr Wan Azizah bertemu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana sebelum masuk pejabat timbalan perdana menteri pada jam 10 pagi.
Permata diasaskan oleh isteri Najib Razak, Rosmah Mansur menerima kecaman pelbagai pihak kerana kurang telus mengenai operasinya.
Pentadbiran Najib sebelum ini gagal memberikan butiran kos melibatkan lawatan Rosmah ke London untuk melancarkan sebuah majlis Permata di sana Mei tahun lepas apabila disoal oleh wakil rakyat DAP, Teo Nie Ching di Dewan Rakyat.
Semalam, Rosmah secara terbuka merayu Pakatan Harapan untuk mengekalkan program itu.
Dilaporkan pada 2016 yang lebih daripada 60% program itu terdiri daripada kanak-kanak luar bandar keluarga berpendapatan rendah.
Terdapat beberapa program pra sekolah dijalankan Permata yang sebelum ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Permata Kurnia yang mempunyai sebuah pusat di Sentul mendapat sambutan ibu bapa yang mempunyai anak autistik.
Ia dijangka membuka dua lagi pusat di Melaka dan Alor Setar, Kedah tahun ini. – 22 Mei, 2018.
Komen