KONTRAK Ketua Setiausaha Perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah dipendekkan kepada 14 Jun tahun ini dan bukannya pada 6 Mac 2019, umum Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa.
Irwan juga tidak dibenarkan menjalankan tugasnya sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkuatkuasa dari 14 Mei hingga 13 Jun, kata Ali dalam kenyataan yang disiarkan di akaun Twitternya.
Irwan adalah antara pegawai kanan kerajaan yang dijangka akan disiasat atau dipecat di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) baru yang berjanji untuk menghapuskan rasuah dan menyelesaikan skandal yang menyelubungi 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Irwan juga merupakan pengerusi lembaga pengarah 1MDB sejak Ogos 2012.
Kementerian Kewangan menangung hutang dan bon yang diterbitkan oleh 1MDB. – 14 Mei 2018.
Komen