Raja Petra nasihatkan orang Melayu dalam video terakhirnya


Raja Petra Kamaruddin berkongsi pandangannya mengenai hubungan kaum di negara ini dalam video terakhirnya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 September 2024.

BLOGGER kontroversi Raja Petra Kamarudin meninggalkan sebuah video yang menyentuh tentang negara sebelum beliau meninggal dunia dengan menasihatkan orang Melayu agar tidak menyalahkan kaum lain atas kelemahan mereka sendiri.

Sebagai seorang ahli keluarga diraja Selangor, Raja Petra menarik perhatian dengan kisah-kisah kontroversi tentang permainan politik dan pembohongan terutama semasa puncak gerakan reformasi pada awal 2000-an yang membuatkan audiensnya sama ada membenci atau terpesona dengan cerita-ceritanya.

Walaupun begitu portal dalam talian beliau malaysiatoday.com menarik pengikut yang ramai sehingga penulisab beliau diterima walaupun ada pihak yang mengatakan kebanyakan kandungannya adalah separuh benar atau tidak tepat.

Namun dalam video yang dipercayai sebagai antara muat naik terakhirnya sebelum beliau meninggal dunia awal minggu ini, Raja Petra berkongsi pandangannya mengenai hubungan kaum di negara ini, mencabar audiensnya untuk bersikap jujur.

Beliau memberikan penilaian keras tentang negara yang banyak beliau tulis mengenai politik.

Beliau bertanya kepada audiensya bahawa jika satu kaji selidik (banci) dijalankan di kalangan orang Cina mengenai tiga keutamaan utama mereka, jawapan komuniti tersebut kemungkinan besar akan adalah nombor satu - pendidikan, nombor dua - mempertahankan budaya (tradisi) dan nombor tiga - kebebasan untuk menjalankan perniagaan.

Dan jika kaji selidik yang sama dilakukan untuk orang Melayu, Raja Petra mendakwa jawapan daripada komuniti dominan tersebut akan menjadi nombor satu - agama, nombor dua - bangsa dan nombor tiga, blogger itu berhenti sejenak sebelum menyebutnya sebagai “politik.”

“Ini adalah DNA (orang) Melayu,” kata Raja Petra.

Keutamaan yang berbeza ini adalah sebahagian daripada psikologi Melayu dan Cina tetapi adalah penting untuk membezakan politik adalah perkara utama dalam pemikiran Melayu, tambahnya.

Raja Petra berkata atas sebab ini orang Melayu menyalahkan orang Cina untuk apa yang jelas merupakan kelemahan dan kekurangan mereka sendiri.

“Mereka menuduh dan menyalahkan orang lain atas kesilapan mereka sendiri,” katanya.

Raja Petra juga menyeru orang Melayu untuk sedar akan kegagalan mereka dengan mula berhenti menyalahkan orang lain termasuk orang Cina untuk kekurangan dan kelemahan mereka sendiri. – 15 September 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen