Kumpulan gesa PM pinda sistem pensijilian kayu


Lima kumpulan persatuan sivil menggesa perdana menteri mengubah Skim Pensijilan Kayu Malaysia kerana banyak kekurangan dalam skim itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 September, 2024.

LIMA kumpulan persatuan sivil menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengubah Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS) kerana ada banyak kekurangan dalam skim itu sejak sekian lama.

Mereka mendesak tindakan dilakukan serta-merta bagi memastikan masyarakat Orang Asal tidak terkecuali daripada proses pensijilan apabila pembalakan dilakukan di tanah mereka.

MTCS adalah skim sukarela yang menyediakan penilaian bebas bagi pengurusan hutan dan pensijilan rantaian, bertujuan memastikan pengurusan hutan simpan kekal yang mampan.

Selama bertahun-tahun, masyarakat Orang Asal dan pergerakan persatuan sivil membangkitkan kebimbangan tentang kekurangan skim itu, khususnya di Sarawak, di mana pembalakan berleluasa membawa kesan negatif terhadap masyarakat tempatan.

Lima kumpulan persatuan sivil itu adalah Bruno Manser Fonds, Borneo Project, Keruan, Save Rivers, dan RimbaWatch, dan menyerahkan laporan kepada perdana menteri, menggariskan perubahan yang perlu dilakukan.

Laporan mereka berjudul “Bagaimana memperbaiki kekurangan dalam sistem pensijilan kayu Malaysia”, menyentuh tentang kebebasan dalam kalangan juruaudit yang sering bergantung kepada syarikat yang mereka audit untuk sokongan logistic ketika lawatan tapak.

Kebergantungan ini bertambah rumit apabila syarikat memilih dan membayar juruaudit secara langsung. – 10 September, 2024.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen