Blogger Raja Petra meninggal dunia di Manchester


Blogger Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom malam tadi pada usia 74 tahun. – Gambar fail EPA, 10 September, 2024.

BLOGGER Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di United Kingdom pada usia 74 tahun, menurut laporan FMT.

Perkara itu disahkan oleh adiknya, Raja Idris.

“Dengan rasa dukacita, saya memaklumkan abang kesayangan saya, Raja Petra Kamarudin, baru saja meninggal dunia pada 11.26 malam waktu UK pada Isnin 9 September di Manchester, UK,” katanya dalam teks ringkas kepada FMT.

Raja Petra, popular dengan panggilan RPK, dilahirkan pada 27 September, 1950.

Beliau menerbitkan banyak pendedahan politik menerusi blognya Malaysia Today dengan kebanyakan artikelnya mencetuskan kontroversi.

Raja Petra adalah individu penting dalam kempen membebaskan Anwar Ibrahim selepas dipecat dan ditahan pada 1999. – 10 September, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen