Pearly-Thinaah tewas kepada pasangan Korea Selatan


Pearly Tan-M Thinaah tewas dengan pasangan Korea Selatan Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong dalam perlawanan akhir beregu wanita di Terbuka Korea 2024 hari ini. – Gambar Facebook, 1 September, 2024.

GANDINGAN badminton wanita negara Pearly Tan-M Thinaah tewas dengan pasangan Korea Selatan Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong dalam perlawanan akhir beregu wanita di Terbuka Korea 2024 hari ini.

Pasangan Malaysia yang berada di kedudukan ke-13 dunia itu kalah kepada pasangan Korea yang berada di kedudukan ke-42 dunia dengan keputusan 12-21, 11-21 dalam tempoh 43 minit.

Permainan pertama berlangsung sengit apabila pasangan Malaysia mendahului 11-10 semasa rehat tetapi pasangan Korea Selatan meraih tujuh mata berturut-turut dan akhirnya memenangi permainan dengan keputusan 21-12 dalam masa 21 minit.

Pasangan Korea Selatan meneruskan keyakinan yang sama ke dalam permainan kedua mendahului sepanjang permainan dengan skor 11-5 semasa rehat sebelum menamatkan perlawanan dengan keputusan 21-11 dalam 22 minit untuk merangkul gelaran juara. – 1 September, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen