Hadiah Tang Jie-Ee Wei buat Malaysia


Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memenangi perlawanan akhir Terbuka Korea 2024 apabila mereka menewaskan pasangan China Guo Xinwa-Li Qian dalam tiga set di Stadium Tertutup Mokpo di Seoul, Korea hari ini. – Gambar Facebook, 1 September, 2024.

GANDINGAN beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memenangi perlawanan akhir Terbuka Korea 2024 apabila mereka menewaskan pasangan China Guo Xinwa-Li Qian dalam tiga set di Stadium Tertutup Mokpo di Seoul, Korea hari ini.

Pemain nombor 9 dunia itu memerlukan masa 58 minit untuk mengalahkan pasangan China dengan keputusan 17-21, 21-13, 21-13 untuk kemenangan pertama mereka dalam siri Super 500.

Mereka layak ke peringkat akhir selepas menewaskan pasangan China, Cheng Xing-Zhang Chi dengan keputusan 22-20, 21-19 dalam perlawanan separuh akhir mereka semalam.

Ini merupakan penampilan ketiga ke peringkat akhir Tang Jie dan Ee Wei tahun ini selepas sebelum ini mereka menjadi naib juara di Thailand Masters pada Januari dan Swiss Open pada Mac. – 1 September, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen