NEGARA ini sudah menempuh satu perjalanan yang cukup panjang dengan pelbagai dugaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Namun, kita sedaya upaya cuba mempertahankan prinsip kita.
Tidak dinafikan, Malaysia tidak sunyi daripada masalah.
Kita adalah sebuah negara yang kompleks dengan rakyat berbilang budaya, kaum, agama dan bahasa.
Namun kita kini berpeluang mencari jalan untuk kembali ke asal usul dan jati diri sebenar.
Semua cubaan untuk memecahbelahkan rakyat dengan ketakutan dan kebencian hanya boleh ditumpaskan jika rakyat memahami hakikat kita adalah satu dalam sejuta kepelbagaian.
Saya cintakan negara ini. Saya sanggup mati untuk negara saya.
Tiada negara seperti Malaysia. Rakyat Malaysia luar biasa, unik dan ada hati yang sangat besar.
Secara mudahnya, saya boleh katakan banyak kerajaan yang gagal, banyak ahli politik gagal dalam mewakili impian rakyat Malaysia.
Namun, saya tidak sesekali mengatakan negara ini mengecewakan saya. Negara ini adalah apa yang saya perjuangkan, dan perjuangan ini sangat berbaloi.
Saya akan terus mencintai Malaysia hingga ke akhir hayat.
Selamat Hari Merdeka dan Selamat Hari Kebangsaan kepada semua saudaraku di Malaysia.
Kita boleh berbeza pendapat mengenai apa saja isu, tetapi semua rakyat perlu mencintai negara ini dan saling menyayangi seperti sebuah keluarga.
Jangan biarkan ahli politik yang hidup dengan kebencian dan perpecahan menentukan siapa kita.
Biar kita menentukan siapa diri kita sendiri.
Semoga Tuhan memberkati kita semua dan negara ini.
Selamat Hari Merdeka! – 31 Ogos, 2024.
* Dr Vinod Sekhar adalah ketua pegawai eksekutif Kumpulan PETRA.
Komen