SATU lagi mendapan dikesan kira-kira 50 meter dari lokasi insiden lubang jerlus di Jalan Masjid India, lapor Bernama.
Mendapan baharu itu dipercayai berlaku kira-kira jam 2.30 pagi tadi susulan hujan lebat malam semalam.
Bagaimanapun, tinakan di lokasi itu mendapati kawasan berkenaan ditutup sepenuhnya oleh anggota keselamatan bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Orang awam juga tidak dibenarkan berada berhampiran lokasi itu.
Dalam insiden lubang jerlus pada Jumaat lalu, seorang pelancong, Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra, India hilang selepas jatuh ke dalam lubang sedalam 8 meter itu. Operasi mencari dan menyelamat mangsa masuk hari keenam hari ini. – 28 Ogos, 2024.
Komen