Jangkaan pertandingan sengit dalam pemilihan DAP Pulau Pinang bulan depan


Pemilihan DAP Pulau Pinang dijadualkan berlangsung pada 22 September. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Ogos, 2024.

PEMILIHAN DAP yang akan datang di Pulau Pinang bulan depan dijangka menjadi pertandingan yang menarik kerana ia berpotensi menentukan nasib beberapa muka lama dan membawa masuk banyak wajah baharu untuk memimpin parti dan negeri.

Sejak parti ini memegang kuasa di negeri ini pada 2008, ramai muka lama diketepikan atau meninggalkan parti.

Wajah lama terakhir yang masih kekal adalah Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow yang menjadi pengerusi DAP Pulau Pinang sejak 1999. Beliau juga merupakan naib pengerusi kebangsaan DAP sejak 2004.

Namun beliau berdepantekanan untuk dikeluarkan dari kedudukan di Pulau Pinang oleh kekuatan yang lebih besar.

Beliau kini berada dalam penggal kedua dan terakhir sebagai ketua menteri yang bermakna seseorang yang baharu akan dikenal pasti untuk mengambil alih kepimpinan parti dan negeri menjelang pilihan raya negeri yang akan datang.

Pemilihan DAP negeri dijadualkan pada 22 September.

Ia adalah rahsia terbuka bahawa hubungan antara bekas ketua menteri Lim Guan Eng dan Chow tidak begitu mesra.

Guan Eng terus mempunyai pengaruh yang kuat di negeri ini dengan ramai orangnya dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya negeri yang lalu. Mereka kini berjaya menyertai exco negeri.

Ini menyebabkan Chow agak terasing dalam pentadbiran negeri dan dalam kepimpinan parti negeri.

Chow pulang dari misi pelaburan ke Amerika Syarikat awal bulan ini dan mendapati beliau masih belum menerima sebarang pencalonan daripada beberapa cawangan parti untuk bertanding dalam pilihan raya negeri.

Seperti biasa beliau memilih untuk mendiamkan diri apabila ditanya mengenai perkara tersebut. – 25 Ogos, 2024.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen