Kerajaan tiada rancangan bawa masuk lebih ramai rakyat Palestin, kata menteri


Pada 16 Ogos, dua pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia A-400M membawa 127 rakyat Palestin yang cedera tiba di Pangkalan Udara Subang. – Gambar Facebook, 22 Ogos, 2024.

KERAJAAN pada masa ini belum ada rancangan untuk membawa lebih ramai rakyat Palestin ke Malaysia, kata Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata kumpulan pertama seramai 127 rakyat Palestin dibawa ke Malaysia pada 16 Ogos sebagai usaha negara ini membantu mangsa perang selain memberi bantuan kepada Mesir yang menjadi tuan rumah kepada pelarian Palestin.

“Kita perlu faham walaupun 70,000 rakyat Palestin boleh masuk dan tinggal di Mesir, negara itu tidak dapat menampung mereka semua. Oleh itu, kita bantu sebanyak mana yang kita mampu,” katanya dilaporkan berkata semalam.

Beliau bagaimanapun berkata tiada rancangan untuk membawa lebih ramai rakyat Palestin ke Malaysia.

“Setakat ini, tidak ada,” katanya.

Pada 16 Ogos, dua pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia A-400M membawa rakyat Palestin yang cedera tiba di Pangkalan Udara Subang.

Pesawat terbabit berlepas dari Pangkalan Udara Almaza di Kaherah, Mesir membawa 41 pesakit dan 86 waris mereka.

Sementara itu, Menteri Luar Mohamad Hasan berkata kementerian akan menyediakan bantuan perubatan dan kemudian menghantar pulang rakyat Palestin berkenaan.

“Saya berbincang dengan pemimpin Palestin, bahkan mereka tidak mahu meninggalkan tanah air mereka. Mereka rela mati di negara itu. Mereka mahu kembali ke tanah air, tidak mahu dihalau dari tempat tinggal,” katanya, dilaporkan Bernama.

Mohamad berkata Malaysia akan terus melakukan apa sahaja yang terdaya dalam membantu perjuangan Palestin yang menjadi mangsa kekejaman dan kezaliman rejim Zionis Israel.

Beliau berkata kuasa besar dunia enggan menghentikan Israel daripada melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin. – 22 Ogos, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Hi everyone I am Emily Naomi wanna give a big thanks to this wonderful psychic for bringing my husband back to me.. I never really believed in magic spells or anything spiritual but a trusted friend opened my eyes to the truth about life. My marriage was heading to divorce a few months ago. I was so confused and devastated with no clue or help on how to prevent it, till I was introduced to this psychic Priest Ray that did a love spell and broke every spiritual distraction from my marriage. A day later my husband started showing me love and care even better than it used to be, hes ready to talk things through and find ways for us to stay happy. Its such a miracle that my marriage can be saved so quickly without stress. You can also contact him for help by email [email protected] or WhatsApp: +12133525735 and you can also visit his website: https://psychicspellshrine.wixsite.com/my-site

    Dimuat naik 1 tahun yang lalu oleh Emily naomi · Ulasan