Kesatuan Trade Union Antarabangsa desak PM tangani dakwaan tindakan pecah kesatuan


ITUC-Asia Pasifik menyeru kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk segera campur tangan dan menangani tindakan pecah kesatuan yang didakwa terhadap NUBE. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Ogos, 2024.

GABUNGAN Kesatuan Perdagangan Antarabangsa (ITUC)-Asia Pasifik menyeru kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk segera campur tangan dan menangani tindakan pecah kesatuan yang didakwa terhadap Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE).

Dalam sepucuk surat yang ditujukan kepada perdana menteri, Setiausaha Agung ITUC Shoya Yoshida berkata tindakan sedemikian bukan sahaja merugikan hak pekerja tetapi juga merosakkan prinsip dialog sosial dan keharmonian industri yang sudah lama dipertahankan oleh Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Kami baru-baru ini mengetahui NUBE dan anggotanya sedang berdepan beberapa tindakan pecah kesatuan dari beberapa bank,” katanya.

Oleh itu ITUC meminta perdana menteri untuk segera campur tangan untuk menangani beberapa isu termasuk dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh menteri sumber manusia, aktiviti pecah kesatuan oleh bank, dialog sosial dan pematuhan perjanjian kolektif serta penubuhan badan penyiasat bebas.

“ITUC percaya pejabat anda yang dihormati (PMO), dengan komitmennya terhadap keadilan dan kesaksamaan akan mengambil langkah yang perlu untuk menangani isu-isu kritikal ini.

“Kami mendesak anda untuk membawa semua pihak yang relevan ke meja rundingan untuk menyelesaikan perkara ini dengan cara yang memelihara martabat pekerja dan integriti sektor perbankan Malaysia. Kami percaya anda akan memberi perhatian segera dan serius terhadap perkara ini,” tambah Yoshida.

Satu salinan surat tersebut juga dihantar kepada Setiausaha Agung ITUC Luc Triangle, Belgium; Felix Anthony, Presiden ITUC-Asia Pasifik, Fiji; setiausaha agung MTUC, Malaysia; dan Joseph Solomon, setiausaha agung NUBE, Malaysia.

ITUC (Asia Pasifik) mewakili lebih daripada 60 juta pekerja dari 36 negara dan wilayah di Asia dan Pasifik termasuk Malaysia,sementara NUBE mempunyai 15,000 ahli dalam sektor perbankan dan bergabung dengan ITUC melalui Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia.

“NUBE komited untuk memastikan kesejahteraan semua kakitangan perbankan yang diwakilinya dan mengalu-alukan campur tangan perdana menteri yang terhormat untuk memastikan usaha ini,” tambah Setiausaha Agung NUBE, J Solomon. – 19 Ogos 2024


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen