Pengarah Media dan Komunikasi Strategik PM meninggal dunia


Pengarah Media dan Komunikasi Strategik kepada Perdana Menteri, Rozaid Abdul Rahman meninggal dunia pada usia 58 tahun. – Gambar Facebook, 19 Ogos, 2024.

PENGARAH Media dan Komunikasi Strategik kepada Perdana Menteri, Rozaid Abdul Rahman meninggal dunia pada usia 58 tahun.

Menurut kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) Rozaid meninggal dunia akibat masalah jantung di rumahnya di Putra Heights, Subang Jaya.

Beliau dimasukkan ke Hospital Serdang pada 1 Julai dan hanya dibenarkan pulang pada 6 Ogos.

Rozaid mula bekerja dengan PMO pada 23 Mei 2023.

Sebelum itu Rozaid berkhidmat dengan jawatan terakhir sebagai Pegawai Eksekutif Pengisian/Pengarang Eksekutif Kumpulan Media The Star. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian.

Dalam satu hantaran di Facebook semalam, Menteri Komunikasi dan jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil berkata pemergian Rozaid adalah satu kehilangan besar bagi industri media.

“Arwah sangat berdedikasi dan komited dalam menjalankan tugasnya. Beliau seorang yang peramah, suka membantu rakan dan sangat dihormati.

“Pemergiannya adalah kehilangan besar bagi industri media dan beliau akan sangat dirindui,” kata Fahmi. – 19 Ogos, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen