Pengundi Nenggiri pilih wakil rakyat baharu hari ini


PRK Nenggiri sedang dijalankan di 20 pusat mengundi bermula 8 pagi tadi dengan keputusan rasmi dijangka diumumkan 9 malam ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Ogos, 2024.

PROSES mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri sedang dijalankan di 20 pusat mengundi.

Pusat mengundi dijadualkan ditutupkan antara 2 petang hingga 6 petang. Pusat mengundi dengan 48 saluran dibuka pada 8 pagi tadi.

Empat pusat ini iaitu SK Tohoi, Pusat Pendidikan Komuniti Pos Gob, SK Sri Permai dan SK Kuala Sungai – akan ditutup pada 2 petang, sementara dua lagi – SK Pulat dan Dewan Orang Ramai Pos Simpor ditutup jam 3 petang.

Seramai 20,216 pendaftar layak mengundi pada PRK ini. sebanyak 43 undi pos dikeluarkan kepada pengundi, termasuk 14 pegawai polis, untuk mengundi awal pada 13 Ogos tetapi mereka memilih undi pos.

Pusat kiraan undi ditetapkan di Dewan Perdana, Kompleks Perdana. Keputusan rasmi dijangka diumumkan pegawai pengurus Nik Raisnan Daud, paling awal 9 malam ini.

PRK itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan calon Perikatan Nasional Mohd Rizwadi Ismail.

PRK Nenggiri diadakan susulan Speaker Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah mengisytiharkan kerusi itu kosong, susulan Mohd Azizi Abu Naim hilang keahlian parti.

Kedua-dua calon akan mengundi di Tabika Sri Bakawali di Bertam Lama. – 17 Ogos, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen