Gudang terbengkalai dekat terminal Swettenham akan dibangunkan semula


Gudang tertua di negara ini tetapi terbengkalai di sebelah Terminal Kapal Persiaran Swettenham di Pulau Pinang akan dibangunkan semula selepas setengah abad terbiar. – Gambar The Vibes, 17 Ogos, 2024.

GUDANG tertua di negara ini tetapi terbengkalai di sebelah Terminal Kapal Persiaran Swettenham di Pulau Pinang akan dibangunkan semula selepas setengah abad terbiar.

Gudang yang menjadi tanda mercu itu dibina pada 1826 sebagai sebahagian daripada pelabuhan di pulau itu. Namun, Pelabuhan Pulau Pulau Pinang meluaskan operasinya merentasi pulau ke Butterworth, menyebabkan gudang itu terabai selama 50 tahun.

Dengan keluasan 21,000 kaki persegi di sepanjang Weld Quay dan terletak strategik di kawasan hadapan pantai terbaik di negeri itu, tujuh gudang kini sedang menunggu pemilihan tender untuk dibangunkan semula.

Ketua Pegawai Eksekutif Penang Port Sdn Bhd (PPSB) Sasedharan Vasudevan berkata tiga daripada lapan pemohon sudah disenarai pendek susulan pelaksanaan tender terbuka.

“Kami akan masuk ke proses terakhir untuk memilih syarikat terbaik untuk membangunkan semula gudang itu,” katanya.

Beliau berkata projek naik taraf itu yang juga berhampiran dengan menara jam zaman penjajah di Esplanade, dijangka siap dalam tempoh 24 bulan.

Sasedharan hadir pada majlis taklimat media di Suffolk House petang semalam. – 17 Ogos, 2024.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen