SERAMAI 10 cedera dalam kebakaran membabitkan tangki bottom reactor di sebuah kilang milik Samalaju Industrial Estate di Miri, Sarawak, dengan empat masih dirawat di hospital.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak melaporkan insiden itu berlaku kira-kira 6.30 petang semalam.
“Kebakaran bermula di sebuah reaktor di kawasan itu.
“Pasukan kecemasan berjaya mengawal kebakaran itu tetapi 10 pekerja cedera dengan empat antaranya melecur.
“Mereka dikejarkan ke hospital,” katanya.
Punca kejadian masih disiasat.
Samalaju terletak kira-kira 150km selatan Miri di lebuh raya pantai Miri-Bintulu. – 15 Ogos, 2024.
Komen