WARGA asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia masih berdepan cabaran berkaitan pekerjaan dan membuka akaun bank selagi proses permohonan Penduduk Tetap (PR) mereka tidak diuruskan dengan cepat, kata kumpulan sokongan hari ini.
Kumpulan Sokongan Pasangan Asing (FSSG) berkata proses permohonan PR sukar dengan tempoh menunggu yang panjang dan kadar kelulusannya rendah.
Katanya, syarat dokumen dan garis panduan yang tidak telus, jangka masa tidak munasabah antara dua hingga tahun dengan tanpa jaminan kelulusan.
“Sebagai individu yang berada dalam keluarga rakyat Malaysia, dengan anak warganegara Malaysia yang berpotensi untuk menyumbang kepada keluarga mereka, masyarakat dan negara, pasangan warga asing yang layak memohon status PR tidak sepatutnya dibiarkan menunggu bertahun-tahun.
“Amat penting untuk kerajaan mempercepatkan proses permohonan PR bagi memastikan kebajikan mereka dan keluarga dapat dijaga.
“Tanpa jaminan proses PR yang telus dan akses lebih baik kepada status PR, mereka akan terus sukar untuk mendapatkan pekerjaan,” kata kumpulan itu.
Kumpulan itu berkata tanpa status PR, pasangan warga asing ini terpaksa terus bergantung kepada suami atau isteri mereka untuk mendapatkan visa dan hak bekerja.
Katanya, larangan pekerjaan kepada Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang yang perlu kerap diperbaharui, agak mengelirukan terutama bagi majikan yang mahu mengambil mereka sebagai pekerja.
Malaysia pada masa ini mempunyai 164,000 keluarga berlainan negara iaitu membabitkan perkahwinan antara rakyat Malaysia dan pasangan bukan warganegara. – 13 Ogos, 2024.
Berita penuh di sini.
Komen