Polis tahan suspek serang 2 wanita di surau


POLIS menahan seorang suspek yang menyerang dua wanita dengan pisau di Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah di Kelana Jaya, Jumaat lalu.

Ketua Polis Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata suspek ditahan di Kajang, pada 1.30 pagi tadi.

Katanya, suspek seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun ditemui bersembunyi di rumah kenalannya.

“Polis akan memohon perintah reman di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya hari ini bagi melanjutkan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Serangan berlaku kira-kira 1.30 petang menyebabkan seorang jurujual berusia 26 tahun cedera di kepala dan perut, sementara seorang lagi guru berusia 52 tahun cedera di lengan dan tangan.

Setakat ini, keterangan diambil daripada tujuh saksi bagi membantu siasatan. – 13 Ogos, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen