Kesihatan PM pada tahap optimum, kata Jabatan Kesihatan


Kesihatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam keadaan baik dan pada tahap optimum, menurut JKNS. – Gambar Facebook, 12 Ogos, 2024.

TAHAP kesihatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berada dalam keadaan baik dan pada tahap yang optimum, menurut Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Dalam satu kenyataan dikeluarkan malam tadi, JKNS berkata Anwar menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan yang dikendalikan pasukan pakar perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

“Hasil pemeriksaan menunjukkan tahap kesihatan perdana menteri dalam keadaan baik dan berada pada tahap yang optimum,” kata JKNS.

Kenyataan itu berkata Anwar kekal bersemangat dan bertekad untuk terus memikul tanggungjawab bagi mengangkat darjat dan martabat negara ke peringkat tertinggi.

Anwar menyambut hari jadinya yang ke-77 pada Sabtu lalu. – 12 Ogos, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen