Penganggur mengaku tidak bersalah tuduhan menculik Albertine


Albertine Leo diculik di Eko Galleria 3, Jalan Eko Botani 3/2 di Iskandar Puteri kira-kira 8.30 malam pada 20 Julai. – Gambar Facebook, 8 Ogos, 2024.

MAHKAMAH Sesyen Johor Bahru hari ini mendakwa seorang penganggur atas tuduhan menculik dan mengurung secara salah seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, bulan lalu.

Leang Win Son, 31, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Rasidah Ruslee.

Tertuduh didakwa menculik kanak-kanak itu daripada ibunya di Eko Galleria 3, Jalan Eko Botani 3/2 di Iskandar Puteri kira-kira 8.30 malam pada 20 Julai.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Leang turut didakwa mengurung secara salah kanak-kanak itu di sebuah bilik hotel di Jalan Mahogani 9, Batang Kali di Hulu Selangor, Selangor pada 4.45 pagi, 23 Julai.

Tertuduh mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan dan mahkamah menetapkan ikat jamin RM20,000.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis terdekat sebulan sekali hingga kes itu selesai.

Tertuduh juga diperintahkan tidak menghubungi mana-mana saksi pendakwa. – 8 Ogos, 2024.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen