PEMIMPIN Hamas Ismail Haniyeh terbunuh di Iran, kata kumpulan pejuang Palestin itu dan Kor Pengawal Revolusi Iran dalam dua kenyataan berasingan, menurut laporan berita.
Dalam satu kenyataan, kumpulan pejuang Islam itu sedang berkabung atas kematian Haniyeh, yang dikatakan terbunuh dalam “serangan khianat Zionis di kediamannya di Tehran”.
Hanieh hadir pada majlis mengangkat sumpah presiden baharu Iran semalam.
“Awal pagi ini, kediaman Ismail Haniyeh di Tehran diserang, menyebabkan beliau dan seorang pengawal peribadinya syahid. Punca masih disiasat dan akan diumumkan nanti,” kata Kor Pengawal Revolusi Iran dalam satu kenyataan.
Haniyeh adalah wajah antarabangsa untuk Hamas dan pemimpin paling kanan kumpulan pejuang itu yang dibunuh oleh Israel sejak serangan pada 2004 yang menyebabkan ketua umum Gamas Sheikh Ahmed Yassin terbunuh di Gaza.
Haniyeh, 62, adalah ketua biro politik Hamas dan menetap di Qatar sejak tahun lalu. – 31 Julai, 2024.
Komen