Perpecahan kaum, Malaysia tidak peka di Olimpik Paris


Pemain squasy Malaysia Sivasangari Subramaniam muncul menjuarai Klasik London 2024, disusuli dengan gelaran Atlet Terbaik Bulan April oleh The World Games. – Gambar X, 31 Julai, 2024.

EMPAT bulan lalu, pemain squasy Malaysia Sivasangari Subramaniam muncul menjuarai Klasik London 2024, yang kedua dalam tempoh sembilan tahun selepas Nicol David.

Kemenangan sensasi pemain berusia 25 tahun itu mengejutkan dunia skuasy. Sivasangari dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Bulan April oleh The World Games susulan pencapaian cemerlangnya merangkul juara sulung kejohanan Klasik London dengan mengalahkan pemain terbaik dunia.

Beliau yang pada ketika itu berada di ranking ke-16 dunia berjaya mencipta sejarah. Beliau menewaskan pemain nombor satu dunia dari Mesir, Nour El Sherbini di suku akhir, nombor empat dunia dari Belgium, Nele Gilis (separuh akhir) dan Hania El Hammamy dari Mesir di pentas final.

Bagaimana reaksi Malaysia atas kejayaan luar biasa Sivasangari itu? Perdana Menteri Anwar Ibrahim beri ucapan tahniah. Agong, pemimpin negara, ahli politik, syarikat besar dan persatuan masyarakat sivil hanya acuh tak acuh.

Pencapaian anak muda itu layak mendapat tempat dalam sejarah negara atas dedikasi dan komitmennya untuk membanggakan Malaysia.

Dua tahun lalu, Sivasangari mengalami kecederaan parah dalam satu kemalangan di Kuala Lumpur dan terlepas peluang menyertai Sukan Komanwel. Masalah di lehernya menyebabkan beliau terfikir adakah segalanya sudah berakhir.

Itu adalah tahun 2022. Sejak itu, Sivasangari menang dua pingat di Sukan Asia Hangzhou 2022 dan gangsa dalam kejohanan PSA World Tour.

Bagi orang lain, maklumat ini tidak penting. Tetapi bagi seorang atlet yang hampir berdepan dengan kecacatan, setiap kejayaan adalah sesuatu keajaiban.

Jadi kenapa Sivasangari tidak layak mendapat tempat untuk menjadi wajah bagi mana-mana jenama atau sebagai inspirasi dan diiktiraf?

Kenapa Nestle Malaysia tidak menyokong Sivasangari sebagai duta untuk Milo, produknya yang paling popular? Adakah Nestle membuat keputusan hanya satu jenis kaum saja layak untuk mempromosikan minumannya? Adakah minuman itu hanya untuk satu kaum tertentu saja?

Memberi keutamaan kepada kaum dominan adalah hipokrasi memandangkan banyak alet India dan Cina yang turut cemerlang.

Tidak boleh dinafikan kebanyakan pengiklanan di Malaysia tidak pandang orang India khususnya. Adakah ini ada kena mengena dengan warna kulit model atau atlet?

Kenapa tiada papan iklan besar meraikan pencapaian Sivasangari? Adakah Kementerian Pendidikan menghargai sikap graduan Cornell University ini yang bangkit semula selepas kemalangan hampir meragut nyawanya? Memang jelas tidak.

Jadi kenapa kecoh tentang pakaian kontinjen Malaysia untuk Sukan Olimpik 2024 di Paris, yang langsung tidak mencerminkan kepelbagaian negara? – 31 Julai, 2024.

Berita penuh di sini.

*


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen