Usah pertahan dana syarikat arak pada sekolah


PERTUBUHAN Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) merujuk kepada link artikel.

Ini kerana ada lagi pihak yang menggesa isu derma Dari syarikat arak tidak harus dipolitikkan oleh pihak-pihak yang tertentu. Dan mendakwa bantuan dana dari pihak kerajaan tidak mencukupi. 

Perkasa ulangi pendirian untuk kekal menyokong kementerian pendidikan dalam mengekalkan garis panduan sedia ada untuk melarang sebarang pameran dan promosi arak di premis sekolah untuk tujuan mendapatkan dana bagi sekolah tersebut. 

Perkasa juga menggesa pihak kerajaan melalui kementerian pendidikan untuk pertimbangan semula peruntukan dana kepada sekolah SJKC ini sekiranya ada lagi pihak yang cuba pertahankan untuk tidak menghalang syarikat arak dari terus memberi derma kepada sekolah SJKC. 

Isu syarikat arak ini adalah isu moraliti, dalam kita hendak melahirkan pelajar pelajar yang cemerlang tetapi malangnya sumber dana berkenaan datang dari hasil yang tidak sepatutnya. Dalam masa yang sama Perkasa menggesa kerajaan untuk tidak lagi memberikan peruntukan dana kepada sekolah vernakular kerana mereka sudah ada penyumbang tetap.

Perkasa merasakan sudah sampai masanya kerajaan mewujudkan sekolah satu aliran sahaja. Kerana fungsi SJKC hari ini gagal menyatukan perpaduan kaum yang ada di negara ini. Dan kerajaan mampu memberikan fasiliti yang terbaik kepada sekolah di bawah pengurusan kerajaan. – 28 Julai, 2024.

* Irwan Fahmi Ideris, Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen