Bekas menteri Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia


Bekas menteri perpaduan negara dan pembangunan masyarakat Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi. – Gambar Facebook, 27 Julai, 2024.

BEKAS menteri perpaduan negara dan pembangunan masyarakat Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi, pada usia 75 tahun.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Ketua Umno Bahagian Maran Shahaniza Samsuddin di Facebook.

Siti Zaharah berkhidmat sebagai menteri perpaduan negara dan pembangunan masyarakat dari 1999 hingga 2004. Beliau juga menteri di Jabatan Perdana Menteri antara 1996 hingga 1999.

Pada 1996 beliau menewaskan Rafidah Aziz dalam pemilihan Umno untuk jawatan ketua Wanita Umno, tetapi tewas semula kepada Rafidah pada pemilihan empat tahun kemudian.

Siti Zaharah adalah ahli Parlimen selama lima penggal, pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat Mentakab dari 1986 hingga 1995, sebelum memegang kerusi Paya Besar dari 1995 hingga 2008. – 27 Julai, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen